Cabaran joran meriahkan Karnival Santai Keluarga 50WP & Temu DBKL

Cabaran joran meriahkan Karnival Santai Keluarga 50WP & Temu DBKL@Wangsa Maju 2024

joran
Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar DBKL, Zulkifli Muhamad (tiga dari kiri) paa majlis melepaskan spesis ikan untuk cabaran joran Kuala Lumpur ahad ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
KUALA LUMPUR: Kira-kira 600 peserta dijangka memenuhi Taman Tasik Danau Kota, Setapak di sini, sempena Santai Keluarga 50WP & Temu DBKL @ Wangsa Maju sempena 50 tahun Wilayah Persekutuan, Ahad ini.
Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar DBKL, Zulkifli Muhamad, berkata, hadiah keseluruhan berjumlah RM20,000 turut menanti peserta pada pertandingan Cabaran Joran Kuala Lumpur (CJKL) 2024.
Katanya, juara pertandingan akan membawa pulang RM5,000, diikuti RM2,000 (naib juara) dan RM1,000 (ketiga) manakala tempat keempat hingga ke-10 menerima RM200 dan tempat ke-11 hingga 20 menerima RM150 seterusnya tempat ke 21 hingga 100 menerima RM100 seorang.
“Selepas lebih lima tahun tiada pertandingan di sini, kini ia kembali dan tidak akan menghampakan pemancing di tasik ini dalam kalangan warga kota.
“Paling menarik hadiah sapu bersih semua spesies ikan yang dipertandingkan selain spesies ikan keli untuk hadiah khas.
“Juara spesies ikan keli akan membawa pulang RM500, diikuti RM300 (naib juara) dan tempat ke 3 hingga 5 menerima RM100.
“Taman Tasik Danau Kota Setapak, mempunyai keunikan tersendiri kerana banyak spesies ikan terbaik termasuk patin, lampan, keli, haruan, pacu, raja, telapia, belida, rohu, koi, toman, ikan bandaraya menanti kaki pancing,” katanya pada acara melepaskan spesies ikan jelawat sungai dan baung tempatan di tasik itu, petang semalam.
Zulkifli  berkata, program itu merupakan salah satu dari lebih 10 acara yang disediakan sempena Karnival Santai Keluarga Temu DBKL @ Wangsa Maju, sekali gus membentuk perpaduan dan persefahaman antara warga kota.
“Ada tiga komponan program disediakan antaranya Santai Keluarga 50 Wilayah Persekutuan, Temu DBKL@Wangsa Maju dan Bulan Kemerdekaan.
“Antara program yang disediakan selama dua hari iaitu KL Hunt @ 50WP, E-sport, Streets Art, Program Kebun Komuniti Kita @WP, Kejohanan Memanah, Jualan Agro Madani dan lain-lain lagi.
“Harapan kita kaki pancing yang hadir bersama keluarga, datang dengan disiplin yang tinggi terutamanya dari segi keselamatan keluarga begitu juga dengan kebersihan di kawasan tasik, ujarnya lagi.
Katanya, yuran RM50 dikenakan untuk sebatang joran dan sebanyak 500 penyertaan awal layak menerima sehelai T-Short sumbangan penganjur.
“Pendaftaran boleh dilakukan di meja urus setia di lokasi pertandingan Sabtu ini, bermula jam 3.30 tengah hari hingga jam 9 malam dan keesokannya kaunter dibuka dari jam 6.30 pagi hingga jam 10 pagi.
“Maklumat lanjut, layari laman Facebook, JORANKL atau hubungi urus setia di talian 013-266 7011, 012-3554946 dan 012-284 6811,” katanya. – UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN