DUNGUN: Seorang buruh ditahan polis selepas disyaki merogol anak perempuannya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) berusia 13 tahun, di Ketengah Jaya, dekat sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Dungun Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, perbuatan terkutuk bapa berusia 45 tahun itu terbongkar apabila pihaknya menerima laporan selepas remaja yang merupakan OKU masalah pembelajaran itu melahirkan seorang bayi perempuan di sebuah klinik kesihatan, kira-kira pukul 7 petang semalam. “Pada awalnya mangsa yang mengadu sakit perut dibawa ke klinik kesihatan berhampiran untuk menerima rawatan oleh keluarganya. “Bagaimanapun, pemeriksaan doktor mendapati mangsa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya