PUTRAJAYA: Kementerian Komunikasi akan bekerjasama dengan beberapa kementerian lain bagi meneliti penambahbaikan terutama melibatkan aspek perundangan dalam usaha menangani masalah buli siber. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, secara prinsip, beberapa menteri termasuk Menteri Digital, Gobind Singh Deo dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said bersetuju untuk bersama-sama dalam mencari jalan penyelesaian untuk masalah ini. “Inilah yang disebut-sebut oleh beberapa menteri mengenai kemungkinan undang-undang sedia ada yang perlu kita perketatkan, bukan hanya dari segi takrifan buli siber tetapi juga dari segi denda atau…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya