Bukan aku - Ammar Alfian nafi pukul kekasih - Utusan Malaysia

Bukan aku – Ammar Alfian nafi pukul kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Ammar Alfian, menyangkal tuduhan pihak yang mendakwa dia adalah pelakon yang memukul kekasih, pagi semalam.

Penafian itu dilakukan Ammar atau Ammar Alfian Aziz, 37, di ruangan komen setelah ditanya oleh seorang peminat.

“Bukan aku gila,” tulisnya ringkas dengan emoji ketawa.

Sebelum ini, media melaporkan, seorang wanita mendakwa ditumbuk teman lelakinya yang juga pelakon dalam kejadian di Ara Damansara, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang juga peniaga berusia 25 tahun

Menurutnya, pelakon lelaki berusia 37 yahun itu memarahi mangsa sebelum menumbuk mata kiri dan badannya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya