Blackpink buat kemunculan semula tahun hadapan - Utusan Malaysia

Blackpink buat kemunculan semula tahun hadapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Agensi bakat, YG Entertainment, mengesahkan kumpulan popular Korea Selatan, Blackpink bakal melakukan kemunculan semula tahun hadapan.

Menurut pengurus YG Entertainment, Yang Hyun-suk, walaupun keempat-empat ahli Blackpink iaitu Lisa, Rose, Jennie dan Jisoo sudah berada di syarikat berbeza, kumpulan itu akan kembali berkumpul melakukan aktiviti bersama-sama.

“Tahun hadapan akan ada kemunculan semula yang sangat dinantikan banyak orang iaitu Blackpink.

“Mereka akan kembali melakukan konsert untuk siri jelajah,” kata Yang dalam satu pengumuman yang dimuat naik menerusi video di YouTube.

Kali terakhir Blackpink, mengadakan konsert siri jelajah ialah Born Pink World Tour yang bermula pada 15 Oktober 2022 dan berakhir pada 17 September 2023.

Ketika itu, Blackpink memulakan siri jelajah di Korea Selatan diikuti Amerika Syarikat, Eropah dan Asia.

Sejak debut pada 2016, Blackpink mempunyai dua album studio iaitu The Album pada tahun 2020 dan Born Pink dua tahun selepas itu.

Selain itu, mereka mempunyai 12 lagu single popular seperti Whistle, Boombayah, Ddu-Du-Ddu-Du, How You Like That dan Pink Venom.

Pada November 2023, Blackpink telah memperbaharui kontrak dengan YG Entertainment yang hanya akan bekerjasama dengan syarikat itu untuk aktiviti berkumpulan.

Manakala, mereka bebas melakukan aktiviti solo mengikut agensi baharu mereka iaitu Blisso dengan Jisoo, Jennie dengan Odd Atelie, Rose dengan TheBlackLabel dan Lisa bersama LLOUD.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN