Bila tamat perlu perbaharui - Ustaz Don perjelas isu tauliah mengajar ditamatkan - Utusan Malaysia

Bila tamat perlu perbaharui – Ustaz Don perjelas isu tauliah mengajar ditamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Kita ikut prosedur yang ditetapkan. Mohon doakan.”

Itu respons pendakwah terkenal Don Daniyal Don Biyajid berhubung status tauliah mengajarnya di Negeri Sembilan yang tamat pada penghujung Jun lalu.

Don atau lebih dikenali sebagai Ustaz Don, menerusi pembantu peribadi dikenali sebagai Anna memaklumkan, penamatan tauliah mengajar merupakan proses biasa yang dihadapi semua pemiliknya.

Justeru katanya perlu melalui proses yang betul untuk menyambung kembali tauliah berkenaan.

“Ini proses biasa. Bila tamat (tauliah mengajar), perlu perbaharui. Seperti lesen memandu, bila tamat perlu perbaharui.

“Untuk semua tauliah mengajar di semua negeri, begitulah prosesnya,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tauliah mengajar di Negeri Sembilan yang dipegang pendakwah tersebut tamat pada 29 Jun lepas.

Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Faudzinaim Badarudin memaklumkan Ustaz Don perlu membuat permohonan kepada Jabatan Mufti Negeri Sembilan bagi memperbaharui tauliahnya.

Ustaz Don sebelum ini terpalit dengan kontroversi selepas netizen mempertikaikan kisah hidup Nabi Muhammad SAW yang diceritakannya ketika bersiaran di sebuah stesen radio sebelum ini.

Susulan itu, penceramah tersebut direhatkan daripada mengendalikan program Salam Baitullah yang disiarkan secara langsung di TV1 sejak 2 Jun lalu.

Namun pada 12 Jun lepas, ustaz Don menyambung semula tugas sebagai pengacara rancangan itu.

Namun tidak lama selepas itu khidmat sebagai pengacara program terbabit ditamatkan serta merta atas alasan ingkar perbuatan penerbit dan tidak mematuhi skrip.

Berikutan itu juga, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengeluarkan arahan kepada semua agensi, masjid, surau dan musolla agar menangguhkan atau tidak mengundang Ustaz Don berkuat kuasa 21 Jun lepas.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya