Bertunang dengan Aliff Aziz? Tak akan berlaku - Ruhainies

Bertunang dengan Aliff Aziz? Tak akan berlaku – Ruhainies

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Ruhainies memberi jaminan bahawa dakwaan dia akan bertunang dengan bekas suami Bella Astillah, Aliff Aziz, tidak mungkin akan berlaku.

Ruhainies berkata, dia melihat pelbagai dakwaan tidak benar mengenai dirinya semakin banyak bertebaran di media sosial dan perkara ini mampu membuatkan salah faham di kalangan banyak pihak.

“Tak akan berlaku ( bertunang). Tak adalah, hal itu pun (penyebaran berita pertunangan) merepek. Makin lama makin merepek.

“Saya pun tak tahu siapa yang buat benda itu. Tiba-tiba media jadikan ia bahan berita. Saya rasa sedihlah juga kerana berita tak sahih dikeluarkan,”katanya.

Ruhainies berkata demikian semasa ditemui selepas sebutan kes khalwat di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini.

Selain itu, dia juga mendakwa hadir ke prosiding di mahkamah hari ini secara berasingan dengan Aliff dan bukannya bersama sebagaimana yang didakwa sesetengah warganet.

“Tidak, kami datang berasingan. Tapi waktu perbicaraan yang sama,”katanya ringkas.

Sementara itu, bertanya mengenai responsnya terhadap sindiran dan tuduhan Bella Astillah yang mendakwa dirinya sebagai perosak rumah tangga, Ruhainies enggan menjawab lanjut.

Menurut Ruhainies, perkara tersebut dianggap tidak relevan untuk dijawab buat masa ini kerana fokusnya sekarang adalah menyelesaikan isu kes khalwat yang dijalankan pada hari ini.

“Soalan ini terlalu berat. Mengenai hal itu, apa yang boleh diatakan, kes hari ini melibatkan kes khalwat, kalau boleh saya memang tak nak sentuh mengenai isu itu.

“Insya-Allah nanti kita jawab pada masa yang sesuai nanti,”katanya.

Dalam pada itu, Ruhainies tidak menafikan selagi kes khalwat dan kontroversi yang melanda dirinya ini belum selesai, ia sedikit sebanyak mengganggu fikirannya.

“Tentulah rasa terganggu juga. Saya pun manusia biasa bukan,”katanya.

Terdahulu, Ruhainies dan Aliff Aziz mengaku tidak bersalah atas pertuduhan kes khalwat melibatkan mereka pada 9 Mac lalu.

Kedua-dua mereka membuat kenyataan demikian semasa sebutan kes di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini di hadapan Hakim Syarie Abu Suffian Abu Yaziz.

Aliff dan Ruhainies hadir dengan diwakili peguam Hadi Salleh dan Amirul Ashraf Ghani. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN