Bertindih tarikh pertabalan sultan, Good Vibes 2024 dibatalkan - Utusan Malaysia

Bertindih tarikh pertabalan sultan, Good Vibes 2024 dibatalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Acara muzik terbesar Malaysia, Good Vibes Festival 2024 (GVF2024) yang dijadualkan berlangsung pada 20 dan 21 Julai ini telah dibatalkan.

Keputusan itu diumumkan penganjur, Future Sound Asia, bagi menghormati pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke17, Sultan Ibrahim yang akan berlangsung pada 20 Julai di Istana Negara.

“Memandangkan GVF menampilkan ramai artis antarabangsa yang terlibat dalam siri jelajah, agak mustahil untuk kita mengubah jadual festival. Oleh itu, pihak kami mengambil keputusan untuk membatalkan festival ini.

“Semua pembeli tiket secara automatik akan menerima wang mereka kembali mengikut kaedah pembayaran yang dilakukan ketika pembelian,” tulis penganjur dalam satu kenyataan di media sosial.

GVF sepatutnya dijadualkan berlangsung selama dua hari di Resort World Awana, Genting Highlands menampilkan artis luar negara seperti Joji, Peggy Guo, Bibi, Henry Moodie, Yoon Mirae dan ramai lagi.

Ini merupakan kali kedua festival muzik berkenaan dibatalkan. Tahun lalu, GVF mengundang kontroversi apabila vokalis band asal United Kingdom, 1975, Matty Healy, mengeluarkan kenyataan mengkritik undang-undang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Malaysia.

Dia kemudian mencium salah seorang ahli kumpulannya menyebabkan mereka telah disenarai hitam daripada membuat persembahan di Malaysia.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya