Bersatu patut ‘gentleman’ pecat sahaja, bukan ubah Perlembagaan parti- Fathul Bari - Utusan Malaysia

Bersatu patut ‘gentleman’ pecat sahaja, bukan ubah Perlembagaan parti- Fathul Bari

FATHUL Bari Mat Jahya (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kangar di Dewan Warisan, Kangar, Perlis hari ini. -UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu bersikap ‘gentleman’ membabitkan kontroversi enam bekas Ahli Parlimen parti itu yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya berkata, Bersatu sewajarnya memecat sahaja enam Ahli Parlimen terlibat berbanding mengambil langkah untuk mengubah perlembagaan parti itu selepas mereka menyatakan sokongan kepada Anwar.

Beliau berkata, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mungkin melihat dari perspektif itu di mana Bersatu mengambil pendekatan mengubah perlembagaan parti mereka bagi menindas enam Ahli Parlimen berkenaan.

“Hakikatnya kalau Bersatu ‘gentleman’, pecat sahaja enam Ahli Parlimen ini berbanding membuat perubahan dalam perlembagaan parti selepas mereka ambil keputusan untuk mengubah sokongan kepada Perdana Menteri.

“Dalam Islam pun ada sebut, yang lepas itu, lepaslah. Fokus untuk jadi pembangkang berkualiti walaupun mungkin pada perspektif mereka melihat dari sudut hak parti Bersatu itu, namun kita telah kerugian masa disebabkan oleh pilihan raya tak habis-habis,” katanya selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kangar di Dewan Warisan, di sini, hari ini.

Fathul Bari berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu membabitkan enam bekas ahli Parlimen Bersatu yang sebelum ini mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri.

Utusan Malaysia sebelum ini turut melaporkan Johari membuat keputusan bahawa tiada kekosongan bagi kerusi enam bekas ahli Parlimen Parti Bersatu itu yang digugurkan keahlian mereka.

Semua ahli Parlimen itu ialah Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr. Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang).

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini mengesahkan pihaknya telah menerima surat daripada Yang Dipertua mengenai keputusan tersebut.

Menurut Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu, pihaknya akan mengambil langkah susulan termasuk melantik pakar perundangan bagi mengambil tindakan sewajarnya bagi menegakkan Perlembagaan Persekutuan dan parti tersebut.

Bersatu sebelum ini juga menyerahkan notis pemakluman kekosongan kerusi itu kepada Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat mengikut Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya