Bersatu, Pas cari kebersamaan demi PN Perlis- Abu Bakar - Utusan Malaysia

Bersatu, Pas cari kebersamaan demi PN Perlis- Abu Bakar

ABU Bakar Hamzah (kanan) berbual bersama Muhyiddin Yassin pada Program Semarak Kasih Bersama Masyarakat di Kampung Warna-Warni Seberang Ramai, Kuala Perlis, hari ini.-UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Perikatan Nasional (PN) negeri akan memperbaiki beberapa kelemahan di dalam gabungan tersebut di Perlis dalam usaha mengekalkan sokongan rakyat khususnya dalam Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Selain itu, PN negeri juga akan memastikan kebersamaan antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas adalah seiring dalam usaha meneruskan agenda perjuangan gabungan berkenaan.

Perkara itu diputuskan menerusi mesyuarat PN negeri yang pertama kali berlangsung pasca PRU15 di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusi Bersatu negeri, Abu Bakar Hamzah berkata, mesyuarat yang pertama kali diadakan itu telah memutuskan bagi melakukan beberapa perubahan dalam misi untuk mempertahankan kemenangan PN di Perlis pada PRU16.

“Beliau (Muhyiddin) juga ada memberi nasihat panjang dan memang tak dinafikan ada beberapa kelemahan sebelum ini namun kita akan perbetulkan kembali demi kekuatan PN di negeri ini,” katanya.

Dalam pada itu, Abu Bakar berkata, selain mengikuti mesyuarat PN negeri, Muhyiddin turut berkesempatan hadir sama dalam Mesyuarat Badan Pimpinan Bersatu negeri.

“Dua mesyuarat ini mendapat kehadiran begitu memberangsangkan dalam kalangan pimpinan negeri malah Bersatu juga tekad untuk berusaha membantu meningkatkan ekonomi rakyat di bawah kerajaan PN,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya