Bergelar pelakon bukan sebab ada ‘cable’ - Soffwany Yusofff - Utusan Malaysia

Bergelar pelakon bukan sebab ada ‘cable’ – Soffwany Yusofff

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon baharu, Soffwany Yusoff, 36, menolak andaian bahawa dia mampu menembusi industri seni lakon kini sejak bergelar isteri kepada pelakon, Raja Afiq.

Menganggap perkara itu tidak benar, Soffwany berkata, dia tidak pernah menggunakan suami sebagai ‘cable’ atau laluan mudah untuk mencari rezeki sebagai seorang pelakon kerana percaya pada bakat sendiri.

“Sebenarnya, tanggapan orang mengenai saya mudah masuk ke dalam industri seni ini kerana suami merupakan seorang pelakon adalah salah. Malah saya dah lama dengar perkara ini sejak saya terbabit dalam drama Gerak Khas Undercover.

“Orang kata saya guna ‘cable’, guna suami. Tak betul. Tetapi tidaklah pula saya ambil hati atau tersinggung. Saya terima saja apa yang orang nak cakap.

“Suami saya sendiri pernah cakap, kalau nak jadi pelakon kena pandai bergerak sendiri. Memanglah sebelum ini saya pernah teman dia ke set penggambaran, tetapi tak tahu pula ada penerbit dan pengarah yang sudi beri kepercayaan untuk saya berlakon,”katanya.

Bagaimanapun, kata Soffwany, sebagai pendatang baharu dalam industri seni, tidak dinafikan, suaminya juga banyak memberi tunjuk ajar dari aspek teknik lakonan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman.

“Selalunya memang saya akan rujuk dengan dia bila dapat sesuatu watak. Kami akan saling bertukar-tukar pendapat dan tidak dinafikan, suami umpama guru lakonan saya.

“Bila dapat berlakon sama dalam drama Polis Peronda terbitan Skop Productions,ia juga satu perkara yang positif buat kami. Bekerja dan dapat luang masa bersama.

“Memegang watak polis memang tak kekok buat saya sebab sebelum ini pun saya bekas anggota polis. Cuma dari segi teknik lakonan dan berdepan dengan gerak geri kamera perlu saya asah lagi,”katanya.

Pada masa yang sama, kata Soffwany, dia juga terbuka untuk menerima sebarang watak lain seandainya diberi peluang dan kepercayaan oleh mana-mana produksi.

Dalam pada itu, meskipun pernah bekerja sebagai anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 15 tahun, Soffwany berkata, dia masih membuat rujukan dengan menonton beberapa drama kepolisan bagi membantu dirinya mendalami watak yang sebagai Inspektor Elly dalam drama Polis Peronda.

“Saya pernah bekerja dalam PDRM selama 15 tahun. Jadi untuk watak dalam Polis Peronda ni sebenarnya saya tak pernah bertugas dalam unit MPV. Saya bertugas di unit pancaragam sebagai penyanyi PDRM dan unit udara.

“Boleh dikatakan, watak ini adalah benda yang baru bagi saya,”katanya.

Jelas Soffwany lagi, dia juga kini sedang ‘berehat’ dari kerjayanya sebagai pramugari kerana mahu memberi sepenuh fokus kepada penggambaran drama Polis Peronda.

Selain Soffwany, drama tersebut turut dibarisi Puteri Sarah, Shah Iskandar, Ali Reza, Raja Afiq dan ramai lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya