Ben Amir bakal tawan Everest Base Camp - Utusan Malaysia

Ben Amir bakal tawan Everest Base Camp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Ben Amir, 34, meluahkan rasa teruja apabila impiannya untuk mengikuti pendakian ke Everest Base Camp bakal terlaksana.

Ditemui sekitar sidang media drama Bawah Payung Awan, Ben memaklumkan akan terbang ke Kathmandu, Nepal bersama empat rakan lain bagi mengikuti ekspedisi tersebut yang dijadualkan bermula pada bulan ini.

“Idea ini datang secara spontan. Saya tahu ia tidak mudah selain kena bersedia dari segi stamina dan kewangan, kami juga perlu mendaki selama 17 hari.

“Tapi itu impian saya, mahu alami sendiri perasaan pendaki Gunung Everest walaupun sekadar di base camp sahaja. Saya akan kongsikan pengalaman itu dalam vlog saya nanti,” katanya.

Dalam masa yang sama, Ben memaklumkan dia kini gigih membuat persediaan bagi memastikan dirinya sepenuhnya bersedia sebelum mengikuti ekspedisi tersebut.

“Kalau berkelapangan, saya akan berlatih. Berjalan sepanjang 10 kilometer (km) untuk mantapkan stamina.

“Ini bakal menjadi pendakian tertinggi saya dan ia akan berjalan selama berbelas hari. Saya kena bersedia,” kongsinya.

Sementara itu Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin juga memberitahu bakal menggunakan khidmat penunjuk arah sepanjang ekspedisi itu nanti.

“Individu tersebut akan bantu pendakian kami sampai ke base camp. Apa pun kami kena betul-betul mengambil langkah berjaga-jaga dan bersedia dengan apa juga kemungkinan yang bakal berlaku nanti,” jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya