Bella Astillah nasihat Aiden hormati wanita, jadi sumber kekuatan - Utusan Malaysia

Bella Astillah nasihat Aiden hormati wanita, jadi sumber kekuatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah menasihatkan anak sulungnya, Ayden Adrean untuk menjadi insan yang menghormati wanita sempena ulang tahun yang ketujuh puteranya itu.

Bella atau Dayang Ara Nabella Awang Astillah, 30, berkata, anak-anak menjadi sumber kekuatannya selama ini di samping mendoakan agar Ayden membesar menjadi seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab.

“Buat anak lelaki mummy, Ayden Adrean sudah tujuh tahun umur Ayden. Banyak yang sudah mummy lalui, tetapi kenapa mummy masih ada kekuatan sehingga ke hari ini, semuanya kerana Ayden.

“Ini sedikit ucapan dari mummy buat Ayden agar jadilah lelaki yang baik, pintar, menghormati perempuan dan melindungi keluarga.

“Kuatkan imanmu anakku dan jadilah seseorang yang berguna dan memberkati orang di sekeliling dalam segala hal. Jadilah anak yang bertanggungjawab, berakhlak dan menjaga maruah,” katanya menerusi hantarannya di Instagram.

Bekas isteri kepada pelakon sensasi, Aliff Aziz itu juga sempat berkongsi gambar serta video anaknya ketika dilahirkan sehingga kini.

Dalam pada itu, dia turut mengingtakan Ayden untuk sentiasa menjadi insan yang menjaga maruah diri dan sentiasa berakhlak baik apabila menjelang dewasa kelak.

“Menjadi orang pintar dan orang yang kaya, orang yang kacak itu adalah bonus, tapi apa jauh lebih penting daripada semua itu ialah Ayden menjadi orang yang baik.

“Mummy akan sentiasa doakan Ayden menjadi insan yang baik, ikhlas dan InsyaAllah, pasti ramai akan menyayangimu. I love you sayang” ujarnya.

Selain Ayden, Bella turut mempunyai seorang anak perempuan iaitu Ara Adreana, 4, hasil perkahwinan dengan Aliff Aziz.

Mereka bagaimanapun sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 13 Jun lalu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.

Aliff bersetuju menyerahkan hak penjagaan anak kepada bekas isterinya manakala Bella pula tidak menuntut sebarang mutaah serta harta sepencarian.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya