KUALA TERENGGANU: Seorang bekas anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dipenjara 43 tahun kerana menembak mati rakan baiknya dan cuba membunuh anak saudara mangsa, tiga tahun lalu. Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Hassan Abdul Ghani membuat keputusan itu hari ini selepas Ong Chow Lee, 60, mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dikenakan terhadapnya itu. Berdasarkan pertuduhan pindaan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan bunuh dengan menyebabkan kematian rakan baiknya, Fong Swee Fuan, 65, yang juga bekas Ketua Bahagian MCA Marang. Chow Lee turut didakwa melakukan cubaan membunuh dengan niat menyebabkan kematian kepada anak saudara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya