Batal pembelian Menara Ikhlas: HRD Corp tak rugi apa-apa

Batal pembelian Menara Ikhlas: HRD Corp tak rugi apa-apa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Human Resource Development Corporation (HRD Corp) tidak mengalami sebarang kerugian apabila membatalkan pembelian Menara Ikhlas di Putrajaya.

Perkara itu dinyatakan menerusi nota pembentangan pihak pengurusan kepada lembaga pengarah HRD Corp yang dilihat oleh media.

Dalam nota yang sama, pengurusan HRD Corp memaklumkan bahawa firma guaman telah pun memulangkan deposit berjumlah RM120 juta bersama faedah sebanyak RM3.2 juta kepada pihaknya.

“Pendapat audit adalah kurang tepat kerana pihak HRD Corp telah mengikuti proses yang betul selaras dengan klausa Perjanjian Jual Beli dan tiada kerugian yang dilaporkan,” katanya.

Semalam, Khairy Jamaluddin yang pernah menerajui tiga kementerian termasuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berkata, terdapat kelemahan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) sehingga mengakibatkan beberapa penemuan dalam laporan yang didedahkan tidak tepat.

Beliau yang pernah menerajui tiga kementerian termasuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berkata, antara kelemahan tersebut melibatkan julat masa audit yang disiasat dan metodologi yang diguna pakai.

Mengulas lanjut mengenai pembelian hartanah itu, nota yang sama turut menyebut, HRD Corp telah mendapat kelulusan untuk pembayaran deposit melalui ratifikasi pada 8 Februari 2022.

“Keputusan untuk menukar firma guaman oleh mana-mana pihak adalah hak atau keputusan pihak itu sendiri dan tidak memerlukan persetujuan dan kebenaran pihak lain.

“HRD Corp ingin menegaskan bahawa Klausa 30 Perjanjian Jual Beli hanya terpakai apabila terdapat perubahan atau penambahan terma kepada Perjanjian Jual Beli yang melibatkan kedua-dua pihak,” menurut nota itu lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya