Bapa kepada Baby Syifaa positif dadah methamphetamine

Bapa kepada Baby Syifaa positif dadah methamphetamine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Hasil ujian saringan air kencing bapa kepada Baby Syifaa yang ditahan polis petang semalam berkaitan kes penipuan dalam urusan yuran guaman didapati positif dadah.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, beberapa laporan polis telah diterima Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju yang dibuat beberapa individu pada tahun lalu keran menjadi mangsa berhubung penipuan berkaitan kutipan bagi bayaran guaman.

Menurutnya, hasil siasatan lanjut mendapati kesemua mangsa berurusan dengan suspek yang mengaku sebagai orang tengah dalam urusan guaman.

“Bayaran dibuat kepada suspek namun kesemua mangsa merasa tertipu selepas mendapati wang itu digunakan untuk kegunaan peribadi.

“Sehubungan itu, tiga kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dengan jumlah kerugian adalah lebih kurang RM146,087,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, polis kemudian menyerbu sebuah unit kediaman di Wangsa Maju dan menahan suspek berusia 41 tahun serta merampas dua telefon bimbit.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah methamphetamine.

“Suspek direman tiga hari bagi membantu siasatan,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan bapa kepada Baby Syifaa ditahan polis petang semalam berkaitan kes penipuan dalam urusan yuran guaman.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf dilaporkan berkata, lelaki terbabit ditahan pukul 2.45 petang di Kuala Lumpur oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.

Suspek direman tiga hari bermula hari ini sehingga 12 Julai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya