Bapa kanak-kanak pandu kereta tanpa lesen dirakam keterangan

Bapa kanak-kanak pandu kereta tanpa lesen dirakam keterangan

doktor
WAN KAMARUL AZRAN WAN YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG:  Bapa kepada kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang dikesan memandu kereta di sebuah taman perumahan di Puchong, Ahad lalu sudah dirakam keterangan oleh pihak polis malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, peniaga berusia 53 tahun dan anaknya itu hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang kira-kira pukul 11 malam tadi.

Beliau berkata, siasatan mendapati, kejadian itu berlaku di Taman Putra Impiana, Puchong sekitar pukul 8 malam pada Ahad lalu.

“Turut bersama remaja lelaki berkenaan dalam kereta sama ialah dua adik lelakinya masing-masing berusia 4 dan 6 tahun,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, pihaknya masih menyiasat lanjut kes itu dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan supaya tampil membantu siasatan.

Wan Kamarul Azran berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 39(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Semalam, sebuah rakaman video tular di media sosial mendapatkan seorang kanak-kanak lelaki memandu kereta dan membawa dua kanak-kanak lain di sebuah kawasan perumahan.

Rakaman video berdurasi satu minit 49 saat memaparkan seorang wanita menahan kereta jenis Perodua Viva yang dipandu kanak-kanak itu dan turut dinaiki dua kanak-kanak dipercayai adiknya.

Menerusi rakaman itu, kereta dipandu remaja terbabit agak laju ketika melalui bonggol di depan sebuah rumah sebelum diarah oleh wanita berkenaan supaya memberhentikan kenderaan.

Wanita berkenaan mendakwa remaja terbabit sudah beberapa kali dilihat memandu kereta di kawasan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN