KUALA LUMPUR: Bapa kepada Baby Syifaa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyalahgunakan harta iaitu wang berjumlah RM67,000, tahun lalu. Yuseri Yusoff, 41, meminta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Illi Marisqa Khalizan. Mengikut pertuduhan, Yuseri didakwa dengan curangnya menyalahguna harta RM67,000 kepunyaan seorang wanita di Jalan Delima Wangsa Delima 6, Pusat Bandar Wangsa Maju di sini antara 20 Julai dan 12 Oktober 2023. Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari enam bulan dan maksimum lima…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya