Bapa Baby Syifaa didakwa esok

Bapa Baby Syifaa didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengesahkan bapa kepada Baby Syifaa akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur berkaitan penipuan dalam urusan yuran guaman.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, lelaki berusia 41 tahun itu akan didakwa esok selepas mendapat arahan pertuduhan.

Media sebelum ini melaporkan bapa kepada Baby Syifaa ditahan polis berkaitan kes penipuan dalam urusan yuran guaman didapati positif dadah hasil ujian saringan air kencing.

Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju menerima beberapa laporan polis yang dibuat beberapa individu yang menjadi mangsa berhubung penipuan berkaitan kutipan bagi bayaran guaman.

Hasil siasatan lanjut mendapati kesemua mangsa berurusan dengan suspek yang mengaku sebagai orang tengah dalam urusan guaman. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya