Bapa Azharina meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bapa Azharina meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Bapa kepada penyanyi Azharina Azhar, Allahyarham Azhar M.Y Ahmad disahkan meninggal dunia pada pukul 1.59 petang tadi.

Berita sedih tersebut dikongsikan oleh Azharina menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Facebook hari ini.

Menurut penyanyi tersebut, arwah bapanya menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Kota Kinabalu, Sabah.

“Assalamualaikum. Abah Nina iaitu Azhar M.Y Ahmad baru sahaja menghembuskan nafas terakhir. Nina mohon semua orang sedekahkan Al-Fatihah buat abah Nina,”katanya.

Selain itu, Azharina juga memberitahu, jenazah bapanya akan dibawa ke Masjid Likas Kota Kinabalu untuk urusan pengebumian.

Sebelum ini, difahamkan, bapa penyanyi tersebut kerap dimasukkan ke Pusat Rawatan Rapi (ICU) berikutan masalah jantung selain pernah melakukan pembedahan jantung.

Sementara itu, adiknya, Adriana, mengesahkan bapanya meninggal dunia akibat serangan jantung sejak semalam.

“Saya dan adik bawa bapa terus ke hospital semalam. Dia tak boleh bergerak. Doktor terus bawa ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Organ bapa yang lain turut tak berfungsi,”katanya.

Sementara itu, kata Adriana lagi, sejurus mendapat perkhabaran duka, kakaknya yang berada di Padang, Indonesia atas urusan kerja kini sedang dalam perjalanan pulang ke Sabah.

“Kakak saya ada di Padang, Indonesia sejak semalam bersama pak cik kami. Dia dapat tahu abah sakit selepas sampai di sana.

“Hari ini dia bergegas pulang ke Sabah sebab kami maklumkan abah sudah tiada. Kakak dijangka sampai ke Kota Kinabalu pada malam ini,”katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya