Banci pertanian bermula hari ini

Banci pertanian bermula hari ini

BANCI DOSM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Banci Pertanian 2024 yang bermula hari ini sehingga 10 Oktober mampu menyediakan data yang berkesan dalam mengurus pertanian dan sumber makanan negara.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, pelaksanaan banci selama tiga bulan sehingga Oktober itu membabitkan lebih 5,000 pegawai Jabatan Perangkaan.

Katanya, mereka akan mendapatkan pelbagai data berhubung pertanian melalui temu bual dengan petani meliputi subsektor ternakan, perikanan, perhutanan dan pembalakan.

“Hari ini saya bersama Jabatan Perangkaan (DOSM) melakukan permulaan pembancian di Kampung Kok Klang, Mate Ayer, Perlis,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, peluncuran banci itu dilaksanakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof pada 4 Julai lalu dan kali terakhir banci pertanian dilaksanakan pada 2005. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya