Bahagia jadi cikgu di pedalaman- Cikgu Ahmad Safarman

Bahagia jadi cikgu di pedalaman- Cikgu Ahmad Safarman

AHMAD Safarman Dollah bersama pelajar di Sekolah Kebangsaan Batu melintang, jeli Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Ditempatkan mengajar di pedalaman tidak menjadi penghalang bagi Ahmad Safarman Dollah, 45, memberi perkhidmatan terbaik demi anak bangsa dan kepuasan pada diri sendiri.

Anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini mengakui mengajar di pedalaman seakan sebati dalam dirinya. Sejak seawal ditempatkan dia sudah pun mengajar di Hulu Perak iaitu di SJKC Ayer Kala Lenggong, Perak.

“Enam tahun mengajar di SJKC. Murid-murid dan guru semua dalam kalangan kaum Cina. Alhamdulillah saya mengutip memori indah di sini dengan bergaul dengan bangsa lain.” ujarnya kepada Utusan Pelajar.

Dalam masa yang sama, beliau tetap membuat permohonan pertukaran ke Kelantan negeri kelahiran. Namun sering kali gagal.

“Lantaran itu saya memohon pula untuk masuk ke sekolah kebangsaan. Ini kerana ingin berubah angin dan mengajar murid dalam kalangan Melayu. Saya berjaya bertukar ke Sekolah Kebangsaan Kenering juga di kawasan Hulu Perak,”katanya.

Tidak kisah di mana ditempatkan. beliau akan cuba membuang perasaan negatif dalam diri yakni cuba membina bahagia dengan cara tersendiri.

Akuinya, di kawasan pedalaman banyak tempat yang menarik untuk diterokai. Antaranya dia dapat mengenali budaya hidup di sini. Selain itu akan berusaha untuk melawati tempat-tempat menarik di persekitaran antaranya Tasik Banding, Lata Felda Lawin Selatan, Empangan Kuala Kenering, Tasik Banding, Muzium Perak Man serta tempat-tempat bersejarah yang lain.

Selain suasana sunyi, sepi, menghijau dan bebas daripada pencemaran membuatkan idea untuk mengarang dengan sendiri Safarman pernah mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah KPLI (Pengajian Melayu) di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perlis selama setahun iaitu pada 2009 sebenarnya memang seorang yang minat mengarang.

“Masih ingat lagi. Kenangan paling indah. Saya menjadikan Lenggong sebagai latar tempat khususnya mempopularkan ikan pekasam sebagai menu tradisional. Alhamdulillah, saya abadikan di dalam sebuah novel iaitu Nasi Lemak Ikan Pekasam.

Selepas itu, novel seterusnya muncul dengan berlatar tempat dan masa di pedalaman .Antaranya Sesudah Hujan Teduh, Cikgu Musim Covid-19, Empangan Kuala Kenering, Mengusung Rumah Lama, dan Tikar Mengkuang Nenek.

Dalam masa yang sama dunia pedalaman ini telah membolehkannya menghasilkan penulisan kreatif yang lain seperti antologi sajak dan cerpen bersama rakan penulis lain di seluruh Malaysia.

Antaranya termasuklah Menjinak Ombak, Meracik Purnama, Menenun Zaman, Antologi Puisi Guru Malaysia, Bukan Khilafku dan banyak lagi.

Pernah memenangi beberapa anugerah antaranya Anugerah Sastera Perdana Malaysia Kategori Cerpen 2022, Johan Pertandingan Menulis Puisi Rekayasa Bahasa Peringkat Antarabangsa 2021,

Naib Johan Cerpen Sukarelawan- Unisel 2021, Johan Peraduan Mengarang Cerpen Program Ihya Ramadan Kelab Perkim UUM 2021, Sagu hati Pertandingan Menulis Esei Transformasi Taiping Ke Arah Sebuah Bandar, Saguhati- Peraduan Mengarang Cerpen LHDN-DBP 2020, Naib Johan Peraduan Penulisan Enekdot Covid-19-Ikram Health Johor Ogos 2020, Johan Peraduan Mengarang Esei Emas dan Ar-Rahnu- Yapeim dan Ar-Rahnu 2020, Johan Mengarang Esei Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2013

Setelah 15 tahun mengajar di Hulu Perak, rezeki sekali lagi berpihak kepadanya. Pada awal tahun ini, Safarman berjaya berpindah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Batu Melintang, Keli Kelantan.

“Saya dan dunia pedalaman memang berpisah tiada, ujarnya ikan sayabahagia dengan cara berkawan dengan alam,” katanya lagi. Beliau ternyata mampu menyesuaikan diri dengan keadaan pedalaman. Peluang yang ada ini akan digunakan sebaik mungkin untuk meneroka apa yang ada di Jeli.

“Setiap kali pulang dari sekolah. Saya pastinya akan meluangkan masa untuk mengunjungi tempat-tempat menarik yang menarik di sini. Saya suka, di sini banyak lata, sungai dan air terjun yang jernih warnanya,” katanya lagi yang sering kali menghabiskan masa setiap waktu petang dengan lepak di kaki sungai di Gunung Reng.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN