SHAH ALAM: Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFPUAA) 2001 akan digunakan polis bagi kes penemuan bagasi berisi wang lebih RM500,000 di parkir sebuah pusat beli belah di Damansara, Petaling Jaya, 19 Mac lalu. Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan mengikut akta itu akan dilakukan sekiranya polis tidak dapat mengesan sumber sebenar penemuan bagasi berkenaan. Menurutnya, kertas siasatan berkaitan kes itu sudah lengkap dan diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya. “Kita ketika ini masih menunggu arahan lanjut bagi tindakan selanjutnya. “Jika pemilik bagasi itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya