Babak ranjang sudah ada klasifikasi umur penonton - Utusan Malaysia

Babak ranjang sudah ada klasifikasi umur penonton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon meningkat naik, Jack Tan, menjelaskan filem Abang Adik yang ditayangkan di platform penstriman Netflix adalah versi berbeza berbanding tontonan di panggung kerana mempunyai adegan ranjang.

Bagaimanapun, tegas Jack, pihak Netflix sudah pun memberi keterangan mengenai klasifikasi had umur Abang Adik yang dikhaskan untuk tontonan 18 tahun ke atas.

“Saya juga ada terbaca komen warganet yang terkejut apabila ada babak itu (ranjang) di dalam filem Abang Adik.

“Tapi pihak Netflix sebenarnya sudah menunjukkan had umur siapa yang boleh tonton cerita itu. Saya tidak boleh komen tentang itu. Ia juga merupakan tayangan untuk penonton antarabangsa.

“Sebagai pelakon, saya hanya berlakon dalam banyak versi bergantung kepada potongan yang mahu dibuat oleh pengarah,” katanya.

Jack berkata demikian ketika mengulas mengenai respons penonton yang terkejut dengan adegan ranjang filem Abang Adik di platform Netflix.

Walaupun naskhah lakonnya sudah diiktiraf dunia dengan menggondol tiga anugerah di Far East Film Festival Ke-25, Jack tetap merendah diri.

“Saya masih Jack yang sama. Sebagai pelakon saya kena bekerja keras dan fokus kepada setiap projek yang diambil.

“Tidak kiralah ia projek yang berjaya atau tidak, saya tetap kena fokus,” katanya.

Sebelum ini, Abang Adik berjaya menjadi ‘box office’ di Malaysia dan Taiwan semasa ditayangkan pada Disember tahun lalu. Filem tersebut kemudian ditayangkan di platform Netflix bermula Jun lalu.

Dalam perkembangan lain, Jack bakal tampil sebagai pelakon utama menerusi filem Gold arahan Adrian Teh.

Gold mengisahkan perjalanan hidup jaguh badminton negara, Cheah Liek Hou (Jack Tan) yang menghidap penyakit saraf yang dikenali sebagai Erb’s Palsy. Beliau kemudian menjadi atlet paralimpik pertama yang membawa pingat emas untuk Malaysia semasa Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Filem yang turut dijayakan Farid Kamil, Wan Raja, Fabian Loo, Freddie Ng, Josiah Hogan dan Daniel Cheah akan menemui penonton pada 11 Julai ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya