PUTRAJAYA: Langkah meningkatkan keselamatan siber negara perlu ditingkatkan memandangkan Malaysia masih berada di tahap lemah berbanding negara-negara lain. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, untuk itu, kerajaan meletakkan keutamaan dan tumpuan tindakan termasuk menyediakan latihan kepakaran dan membina jaringan di beberapa syarikat dan badan risikan siber yang boleh dimanfaatkan. “Kita telah memperkenalkan undang-undang keselamatan siber. Dan baru-baru ini Menteri Komunikasi dan Menteri Digital memberi tumpuan (pelesenan baharu pengendali media sosial) menjamin supaya keselamatan itu untuk rakyat dalam dan luar negara. “Ini memerlukan tindakan agak tegas untuk mengawal (keselamatan siber),”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya