Anwar ucap tahniah penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 

Anwar ucap tahniah penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 

SAMBUTAN Maal Hijrah peringkat kebangsaan tahun ini yang bertemakan 'Al-Falah Pemacu Malaysia MADANI' berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). - FOTO Facebook Anwar Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada bekas Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad dan Presiden Kesatuan Ulama Sedunia, Prof Dr Ali Muhyiddin Ali Al-Qaradaghi.

Itu berikutan masing-masing diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan dan Antarabangsa bagi tahun 1446H/ 2024M.

Menerusi hantaran Facebook, Anwar turut menjunjung kasih terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah yang berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan hari ini.

Sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan bertemakan ‘Al-Falah Pemacu Malaysia MADANI’ berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Dalam kenyataan di Facebook, beliau turut menyentuh erti hijrah yang menuntut pengorbanan dan perjuangan yang bererti, yang harus dimulakan oleh diri sendiri dengan merubah jiwa dan minda.

“Allah SWT meletakkan prasyarat Taghyir al-Nufus (perubahan jiwa dan minda) untuk merubah nasib bangsa ke arah Malaysia yang MADANI dan berketerampilan.

“Di sebalik maksud hijrah, tersirat makna harapan, terangkatnya martabat insan, tegaknya keadilan, berdaulatnya kebenaran, meratanya kemakmuran dan terjaminnya keselamatan rakyat, dan harapan tersebut mesti terjelma dengan kerja keras dan dukungan rakyat terbanyak,” katanya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya