BUKIT JALIL: Suasana Stadium Nasional Bukit Jalil bertukar gamat dengan kemunculan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meluangkan masa menonton konsert penyanyi tersohor, A.R Rahman, malam tadi. Anwar yang tiba sekitar pukul 10.30 malam disambut sorakan ribuan penonton yang membanjiri stadium berkenaan sejak pukul empat petang. “Saya ingin mengalu-alukan kehadiran Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini,” kata Rahman. Kira-kira 35,000 penonton tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan bertenaga penerima anugerah Oscar itu. Angka itu bagaimanapun gagal membenamkan rekod kehadiran bagi konsert penyanyi itu di lokasi yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya