KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi menyediakan 100 saintis bioteknologi ke 100 buah sekolah bagi meningkatkan minat murid terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Perdana Menteri berkata, ia berikutan minat murid terhadap bidang tersebut menurun. Justeru, kata beliau, kementerian itu perlu menjalankan kerjasama lebih erat dengan Kementerian Pendidikan bagi mengadakan program meningkatkan minat golongan muda terhadap STEM. Selain itu katanya, syarikat swasta turut diharap dapat membantu dengan terlibat dalam usaha tersebut. “Ini akan dapat melonjakkan minat pelajar terhadap STEM. Kita dapat guna…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya