Angkara mabuk, salah faham, lelaki warga asing dipukul hingga maut

Angkara mabuk, salah faham, lelaki warga asing dipukul hingga maut

LOKASI mangsa ditemukan tidak sedarkan diri akibat dibelasah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Angkara mabuk dan perselisihan faham, seorang lelaki warganegara asing dibelasah sehingga maut oleh dua lelaki dipercayai warga asing dalam kejadian di sebuah kilang di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian pukul 9.40 pagi di Kampung Pulau Meranti, Puchong itu, mangsa berusia 30 tahun itu terlebih dahulu dikejarkan ke Hospital Cyberjaya dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital tidak lama kemudian akibat cedera parah di kepala.

Beliau berkata, suspek ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan kilang berdekatan kabin penginapan pekerja asing.

“Hasil pemeriksaan mendapati, mangsa telah mengalami pendarahan teruk di bahagian kepala dan tangan serta tidak sedarkan diri.

“Susulan itu, kami telah menahan dua suspek utama yang juga lelaki warganegara asing di sebuah rumah di Sungai Buloh.

“Selain itu, enam lelaki lain berusia 30 hingga 45 tahun turut ditahan masing-masing di Kampung Pulau Meranti, Puchong dan Kampung Baru Sungai Buloh, Sungai Buloh bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, pihaknya turut merampas sebatang kayu dipercayai digunakan suspek untuk memukul mangsa.

Wan Kamarul Azran berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Menurutnya, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau berkongsi maklumat tidak tepat sehingga mengganggu proses siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya