PETALING JAYA: Keupayaan seorang Anggota Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan (RS) menjejaki tanda-tanda panduan laluan rintis pencarian yang sengaja dibuat oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR), berjaya menyelamatkannya selepas 19 hari dilaporkan hilang. Anggota terlibat dilaporkan hilang ketika menyertai Op Ukur bersama Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) di sempadan Malaysia-Brunei dekat Limbang, Sarawak pada 18 Jun lalu. Tanda-tanda panduan laluan rintis pencarian itu dibuat oleh pasukan SAR Tentera Darat Malaysia (TDM) sebelum ditemukan oleh Prebet Muhammad Syafiq Hilmi Abd. Halim. Muhammad Syafiq kemudian menjejaki tanda-tanda itu di sekitar lokasi pencarian sehingga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya