PETALING JAYA: Selepas 19 hari, seorang anggota Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan (RS) berpangkalan di Kem Kidurong, Bintulu yang dilaporkan hilang ketika menyertai Op Ukur bersama Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) di sempadan Malaysia-Brunei dekat Limbang pada 18 Jun lalu, ditemukan selamat hari ini. Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam kenyataan memaklumkan, Prebet Muhammad Syafiq Hilmi Abd. Halim ditemukan selamat pada pukul 11.29 pagi oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) setelah 17 hari operasi tersebut dilancarkan. “Syafiq telah berjaya menjejaki tanda-tanda panduan laluan rintis pencarian yang sengaja dibuat di sekitar lokasi pencarian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya