PARIS: Seorang anggota polis cedera akibat ditikam dengan pisau di kawasan kejiranan berprofil tinggi di Paris.
Insiden itu berlaku sehari sebelum acara pembukaan Sukan Olimpik Musim Panas di negara ini.
Penyerang berjaya ditembak dan disahkan mati di tempat kejadian.
Ketua Polis Paris, Laurent Nunez berkata, serangan itu tidak mempunyai sebarang perkaitan dengan penganjuran Olimpik dan tiada motif berunsurkan serangan pengganas. -AP