Ambil kritikan, baiki gaya resipi kejayaan SMK Baru Bintulu

Ambil kritikan, baiki gaya penampilan resipi kejayaan SMK Baru Bintulu

JOHAN pertandingan Forum Remaja Peringkat Kebangsaan 2024, SMK Baru Bintulu Sarawak menerima wang tunai RM 2,500 dan piala pusingan pada Majlis Perasmian Penutupan Pertandingan Forum Remaja Peringkat Kebangsaan 2024 di Kuala Lumpur, baru-baru ini. – utusan/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Ambil kritikan bagi memperbaiki gaya penyampaian serta persembahan antara resipi kejayaan pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baru Bintulu muncul Johan Pertandingan Forum Remaja Peringkat Kebangsaan 2024.

Pasukan yang turun sebagai underdog itu tidak menyangka penyertaan kali pertama sejauh lebih 3,500 kilometer (km) memberikan kenangan manis sekali gus mendedikasikan kejayaan itu kepada seluruh warga sekolah.

Guru Pembimbingnya, Nancy Ahamdie Chen berkata, kemenangan itu memang sesuatu yang tidak dijangka selepas melihat pasukannya itu kurang berpengalaman berbanding pasukan lain.

Justeru, katanya, kejayaan itu merupakan hasil dukungan seluruh warga sekolah yang banyak memberi sokongan kepada pasukan mencapai kemenangan.

“Kita buat latihan yang banyak dengan memperbaiki dan mendengar komen-komen daripada hakim setiap kali selepas pertandingan di peringkat daerah dan negeri.

“Ramai orang membantu. Kadangkala kita panggil juru awam yang terdiri daripada guru dan pelajar sekolah untuk memberikan komen dan kita ambil kritikan itu serta perbaiki,” katanya.

Pertandingan Forum Remaja Peringkat Kebangsaan 2024 yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 10 dan 11 Julai lepas itu disertai seramai 16 pasukan menyertai pertandingan tersebut termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

SMK Baru Bintulu membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM2,500 serta piala kemenangan.

Mengulas lanjut, Nancy menzahirkan penghargaan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bintulu selepas memberikan ruang dan peluang kepada SMK Baru Bintulu untuk menjadi tuan rumah di peringkat daerah sebelum ini.

“Cabaran menjadi tuan rumah, kita rasa kita perlu menang. Sebab itu kita buat yang terbaik.

“Selain itu, saya sebenarnya sangat sangat berterima kasih kepada anak didik sebab mereka (mempunyai semangat) tak nak kalah.

“Oleh itu, kita rasa pasukan bertanding kali ini memberikan cabaran yang sangat sengit. Semua orang adalah pemenang, namun pertandingan ini memilih yang terbaik daripada yang terbaik di setiap negeri.

“Jadi Alhamdulillah rezeki pada tahun ini berpihak kepada Sarawak dan insya-Allah kita akan berjumpa lagi pada tahun akan datang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN