Alya Iman sudah ada kekasih, tersinggung disindir rakan artis - Utusan Malaysia

Alya Iman sudah ada kekasih, tersinggung disindir rakan artis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

INI bukan satu cerita yang datang entah dari angin mana. Ini memang pelakon cantik manis ini yang luahkan pada Cik Bunga sewaktu kami bertemu dan bersembang minggu lalu. 

Hasrat Alya Iman cuma sekadar mahu kongsi luahan sahaja. Dia pun tidak menyebut nama mana-mana artis yang terlibat. 

Cuma, Cik Bunga sendiri rasa mahu tegur juga sikap segelintir artis atau selebriti kita ini yang tidak pandai jaga sensitiviti. 

Senang cakap bermulut celupar. Kata Alya, semasa awal-awal masuk dalam industri hiburan sebagai pelakon, dia terlalu sering disindir oleh beberapa rakan artis yang secara depan-depan melayangkan pertanyaan ‘seronokkah jadi sugar baby?’ 

Tidak menjaga sensitiviti, seakan mahu memalukan pelakon ini, kata Alya, dia cuma berdiam tidak membalas meskipun pertanyaan yang dilemparkan berbaur fitnah. 

Bagi Alya, dia tidak mahu bermusuh dengan sesiapa dan mahu terus fokus membina jenama sebagai seorang anak seni. 

Apa lagi darah yang mengalir dalam dirinya pun diwarisi daripada Allahyarham bapanya, Azmil Mustapha. 

Sebab itu, Cik Bunga kata, kadangkala menyampah juga dengan segelintir artis kita ini yang konon-konon cakap ‘eh, saya jenis tak ambil tahu gosip atau kontroversi orang’. 

Tetapi, dialah yang sebenarnya paling laju cakap belakang dan tabur fitnah. Bahaya orang macam ini. Kata Alya, dia memang sudah ada kekasih hati cuma bukan orang industri seni. 

Alang-alang bicara, dia pun siap tunjuk ‘resit’, gambarnya bersama kekasih yang berketurunan Cina. 

Cuma, dia minta Cik Bunga tidak paparkan di mana-mana sebab mahu privasinya dihormati. Tak apalah Alya, yang penting, kekasih Alya bukan suami orang. Tak payah layan sangat cakap-cakap negatif, pekakkan sahaja telinga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN