Aliff Aziz, Ruhainies tenang hadir ke mahkamah - Utusan Malaysia

Aliff Aziz, Ruhainies tenang hadir ke mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz dan Ruhainies hadir bersama di Kompleks Mahkamah Syrariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada pagi Rabu bagi prosiding bacaan pertuduhan kes khalwat melibatkan mereka.

Dilihat tenang ketika menuju ke bilik perbicaraan, Aliff berharap kes melibatkan mereka berjalan lancar.

“Doakan semua berjalan lancar. Kita tunggu sahaja selepas perbicaraan.

“Terima kasih kepada rakan media yang sudi hadir. Minta doa yang baik-baik,”katanya.

Pelakon ini juga dilihat tidak mengelak bertemu pengamal media seperti mana perbicaraan kes cerai sebelum ini bersama bekas isteri, Bella Astillah.

Sementara itu, Ruhainies turut meluahkan perkara yang sama dengan wajah yang ceria.

“Terima kasih kerana sudi datang. Doakan yang terbaik buat kami,” jelasnya.

Pertuduh dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Abu Suffian Abu Yaziz.

Perbicaraan melibatkan kes khalwat, persetubuhan haram dan bersekedudukan.

Kedua-dua mereka diwakili peguam sama iaitu Hadi Salleh dan Amirul Ashraf Ghani.

Aliff dan Ruhainies ditangkap atas dakwaan khalwat di sebuah kondominium di Kuala Lumpur pada 9 Mac lalu.

Padang 20 Jun lalu mereka juga hadir ke mahkamah bagi lanjutan bos jaminan berkenaan kes khalwat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya