Aliff Aziz, Ruhainies mengaku tidak bersalah berkhalwat

Aliff Aziz, Ruhainies mengaku tidak bersalah Bon Jaminan RM1,500 dilanjutkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Ruhainies dan Aliff Aziz mengaku tidak bersalah atas pertuduhan kes khalwat melibatkan mereka pada 9 Mac lalu.

Kedua-dua mereka membuat pengakuan tersebut semasa sebutan kes di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini di hadapan Hakim Syarie Abu Suffian Abu Yaziz.

Aliff dan Ruhainies hadir dengan diwakili peguam Hadi Salleh dan Amirul Ashraf Ghani.

“Saya mengaku tidak bersalah,” kata Aliff.

“Saya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan,” ujar Ruhainies.

Mahkamah menetapkan 17 Oktober 2024 sebagai tarikh seterusnya untuk prosiding dan bon jaminan RM1,500 dilanjutkan sehingga tarikh sebutan kes.

Pertuduhan terhadap mereka didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27 (b) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun jika sabit kesalahan.

Pada 20 Jun lalu, Aliff dan Ruhainies hadir ke mahkamah namun tiada sebarang pengakuan dan tangguhkan dibuat dan mereka dilepaskan dengan wang jaminan RM1,500 dan seorang penjamin.

Terdahulu, pada 9 Mac lalu, nama Aliff Aziz terpalit dengan kontroversi apabila dia dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium di ibu negara bersama pelakon Ruhainies.

Susulan itu, kedua-dua pelakon itu menjadi sasaran kemarahan netizen sebelum Aliff dan Ruhainies tampil membuat permohonan maaf namun menafikan dakwaan mereka berkhalwat.

Rumah tangga Aliff dan bekas isterinya yang juga pelakon Bella Astillah berakhir dengan perceraian pada 13 Jun lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN