Akademi Kedi, MGA raikan graduan pertama

Akademi Kedi, MGA raikan graduan pertama

Dari (Kiri ke kanan), Zulkifli Mohd Yusoff, Mohammed B. Ishak, Datuk Zulkifli Datuk Ismail,Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor, Low Hock Lai, Chong Chee Ming, Ms. Jodie Fong bergambar bersama 11 kedi selepas Majlis Graduasi di Kelab Golf Senibong, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Akademi Kedi AMS yang bekerjasama dengan Persatuan Golf Malaysia (MGA) menyambut graduasi para pelajar kelas perintis bagi menjayakan misi akademi untuk memartabatkan profesion kedi di Kelab Golf Senibong, Johor Bahru.

Pusat latihan kedua Akademi Kedi AMS yang dilancarkan dua bulan lepas kini meraikan hari graduasi bagi 11 pelajar ambilan pertama mereka di Senibong.

Pengarah Urusan Akademi AMS, Low Hock Lai berkata, inisiatif itu adalah langkah penting ke arah mewujudkan tenaga kerja kedi yang mampan dan berdikari.

“Kami bukan sahaja memenuhi permintaan domestik tetapi juga memberdayakan rakyat Malaysia dengan peluang kerjaya yang stabil dan memuaskan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Majlis graduasi itu turut dihadiri Presiden MGA, Tan Sri Anwar Mohd Nor; Setiausaha MGA, Datuk Zulkifli Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Kecil MGA (Pematuhan dan Audit Dalam), Zulkifli Mohd Yusoff; Pengarah Urusan AMS, Low Hock Lai; Pengarah Kewangan AMS, Jodie Fong; Pengarah Program AMS, Chong Chee Ming serta wakil daripada pemain golf, Haldane Lee dan Mohammed B Ishak.

Sementara itu, Anwar berkata, pihaknya mengharapkan sokongan daripada rakan gabungan MGA untuk menjayakan program berkenaan.

“Program ini dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada belia tempatan sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing,” katanya.

Akademi Kedi AMS merupakan inisiatif yang dibiayai sepenuhnya secara persendirian dengan kerjasama MGA, menyasarkan latihan kepada 4,000 kedi seluruh Malaysia menjelang 2026 untuk memenuhi permintaan domestik semasa.

Inisiatif itu penting dalam mengurangkan kebergantungan industri kepada kedi asing, menyediakan peluang pekerjaan yang mantap dan terjamin kepada bakat tempatan di samping menawarkan laluan kerjaya yang jelas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya