AirAsia X teroka pasaran Kenya, penerbangan pertama 15 November depan

AirAsia X teroka pasaran Kenya, penerbangan pertama 15 November depan

AIRASIA X mengumumkan laluan baharu ke Nairobi Kenya di zibu pejabat AirAsia Sepang. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: AirAsia X (AAX) terus melebarkan sayap penerbangan antarabangsanya apabila mengumumkan pembukaan laluan baharu ke Nairobi, Kenya dengan penerbangan sulung dijangka pada 15 November depan.

Pembukaan laluan baharu itu sekali gus menjadikan AAX sebagai satu-satunya syarikat penerbangan tambang rendah di Malaysia yang menawarkan sambungan udara secara terus ke destinasi ke benua Afrika itu.

Pada masa sama, laluan Nairobi juga bakal menjadi rangkaian penting dalam menghubungkan Asia ke Afrika, seterusnya menggalakkan hubungan perdagangan, pelancongan dan perniagaan yang lebih kukuh di rantau ini.

Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, penerbangan AAX ke Nairobi disifatkan sebagai satu pencapaian membanggakan dan perlu diraikan.

“Sepanjang dua dekad lalu, AirAsia telah berjaya merapatkan jurang antara Asia, Australia dan seterusnya ke Malaysia.

“Kini kita boleh menantikan kehadiran lebih ramai pelancong dari Kenya untuk meneroka destinasi menarik di Malaysia seperti Kuching, Kota Kinabalu, Pulau Pinang, Langkawi dan lain-lain,” katanya hari ini.

Jelas beliau, kehadiran pelancong luar amat dialu-alukan terutama dalam usaha Malaysia menyasarkan 35.6 juta pelancong untuk menjana resit sasaran sebanyak RM147.1 billion sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes berkata, pembukaan laluan baharu itu mencerminkan misi pihaknya bagi menghubungkan tetamu ke serata dunia dengan tambang berpatutan.

“Laluan baharu ini bukan sahaja akan menghubungkan Asia ke Afrika, malah berpotensi untuk memperkukuh hubungan dalam sektor pelancongan, perniagaan dan perdagangan antara kedua-dua benua.

“Walaupun kekuatan kami adalah di Asia dan Asean, kami terus memasang impian untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab syarikat penerbangan tambang rendah global,” jelasnya.

Katanya, laluan baharu itu juga akan menjadikan AAX selangkah lebih dekat untuk membina rangkaian dan peluang di peringkat global.

AAX akan mula terbang ke Nairobi bermula 15 November 2024 menggunakan pesawat Airbus 330-300 dengan kekerapan empat kali seminggu iaitu pada Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad bagi laluan Kuala Lumpur- Nairobi.

Manakala, bagi laluan Nairobi-Kuala Lumpur, penerbangan itu melibatkan hari Isnin, Selasa, Khamis dan Sabtu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya