KUALA NERUS: Seorang lelaki menjadi penjual air kopi pertama di Malaysia yang mencipta kelainan apabila menjual minuman itu dengan cara mendukung atau menggendongnya kepada pengunjung di sekitar Pantai Seberang Takir, di sini sejak Oktober tahun lalu. Terkenal dengan panggilan ‘Abang Kopi Dukung’, Mohamad Norazlan Mohd. Anuar, 32, berkata, dia mengambil inspirasi teknik jualan itu daripada peniaga India dan beberapa negara Arab yang lain untuk tampil berbeza dengan penjual air kopi biasa. Katanya, dia mengupah seorang pengimpal untuk membuat rekaan tong berharga RM300 yang sesuai agar dapat menjual air kopi panas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya