Agong berkenan berangkat Majlis Sambutan Maal Hijrah Kebangsaan Ahad ini

Agong berkenan berangkat Majlis Sambutan Maal Hijrah Kebangsaan Ahad ini

SULTAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan untuk berangkat ke Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H / 2024M yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya ( PICC ), di sini pada Ahad ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Hakimah Mohd. Yusoff berkata, Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah turut berkenan berangkat ke majlis tersebut.

Katanya, kemuncak majlis Sambutan itu adalah penyampaian Titah Diraja oleh Seri Paduka Baginda dan diikuti dengan Penyampaian Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hakimah berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail juga dijadual hadir bersama bagi menyemarakkan lagi majlis sambutan pada tahun ini dengan jangkaan kehadiran 6,000 tetamu.

Tambahnya, tema “Al-Falah Pemacu Malaysia Madani” diangkat pada sambutan kali ini adalah sebagai manifestasi dari intipati ajaran Rasulullah SAW dan amat signifikan bagi memacu umat di negara ini ke arah kejayaan yang hakiki dunia dan akhirat.

Jelas beliau, sambutan Maal Hijrah yang disambut saban tahun di negara ini tentunya mempunyai pengertian tersendiri bagi mendidik masyarakat agar sentiasa menghayati peristiwa besar yang pernah berlaku dalam sejarah Islam.

“Peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW mempunyai banyak pengajaran dan nilai yang dapat kita contohi dan aplikasikan dalam hidup pada masa ini. Saya yakin setiap dari kita mempunyai perspektif dan pengertian masing-masing berkaitan peristiwa hijrah ini.

“Semoga sambutan Maal Hijrah tahun ini dapat memberi manfaat bermakna ke arah melahirkan ummah berjaya dunia dan akhirat dalam menjayakan agenda pembaharuan dan pembangunan ummah sejajar dengan aspirasi Malaysia Madani yang diperkenal Perdana Menteri,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya