Ada yang nak ‘bela’ saya, tawar RM300,000 - Fahimi Rahmat - Utusan Malaysia

Ada yang nak ‘bela’ saya, tawar RM300,000 – Fahimi Rahmat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Fahimi Rahmat mendedahkan pernah ditawar untuk ‘dibela’ oleh seorang wanita menerusi pesanan langsung di Instagram.

Jelasnya, pengguna akaun Instagram tersebut menawarkan bayaran RM300,000 sebagai umpan untuk dia menerima tawaran tersebut.

“Saya pernah dapat satu DM daripada seseorang yang menyuarakan hasat untuk ‘bela’ saya. Dia nak bayar saya RM300,000. Itu DM paling aneh dan teruk saya pernah dapat setakat ini.

“Tetapi saya tidak layan dan anggap itu sekadar satu gurauan. Siapalah nak bayar sampai ratus-ratus ribu kepada saya yang macam ini?

“Kalau tengok gambar di akaun tersebut perempuan. Saya biarkan sahaja, mengarutlah,” ujarnya.

Popular dengan lagu Angau, Fahimi bagaimanapun bersyukur kerana banyak menerima pesanan positif daripada peminat-peminat yang menggunakan lagu tersebut untuk memulihkan diri daripada masalah kesihatan mental.

“Saya pernah juga dapat DM daripada seorang peminat yang mengakui mengalami masalah kemurungan. Tetapi bila dia dengar lagu Angau, dia dapat meningkatkan mood dan mengurangkan rasa murung itu.

“Secara peribadi, saya anggap sudah tercapai apa yang saya mahu. Alhamdulillah. Saya juga bakal lancarkan single baharu tidak lama lagi. Selepas itu saya mahu fokus untuk album pula.

“Boleh dikatakan saya ini ada banyak lagu tetapi terperam lama sangat. Sudah tiba masa untuk saya keluarkan lagu-lagu itu untuk peminat semua,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya