80 rumah setinggan PATI diroboh

80 rumah setinggan PATI diroboh

OPERASI merobohkan penempatan setinggan di sekitar Kota Kinabalu. - IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Sebanyak 80 rumah setinggan dirobohkan dan tiga wanita warga Filipina yang tiada dokumen sah ditahan dalam Op PTI Bersepadu Mega yang dijalankan semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, ketiga-tiga wanita itu ditahan di bawah Seksyen 6(1)(C) dan Seksyen 51(C) Akta Imigresen 1959/63.

“Operasi bersepadu bermula pukul 10 pagi sehingga 3 petang dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB), Jabatan Ketua Menteri, Jabatan Air Negeri Sabah, Jabatan Tanah dan Ukur serta Jabatan Kebajikan Masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, operasi bersepadu sebegitu akan dilaksanakan secara berterusan dalam usaha membanteras jenayah, PATI, dadah dan gejala sosial lain di daerah ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya