8 kawasan di Semenanjung rekod cuaca panas tahap berjaga-jaga

Lapan kawasan di Semenanjung rekod cuaca panas tahap berjaga-jaga

Lapan kawasan di Semenanjung merekodkan cuaca panas Tahap 1 atau berjaga-jaga, pagi ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lapan kawasan di Semenanjung merekodkan cuaca panas Tahap 1 atau berjaga-jaga, pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam hantaran menerusi Facebook memberitahu, setakat pukul 6 pagi tadi, kawasan yang mencatat cuaca panas Tahap 1 meliputi Larut dan Matang di Perak, Gombak di Selangor dan Kuala Krai di Kelantan.

Katanya, Raub, Temerloh, Maran, Bentong dan Rompin di Pahang turut merekodkan keadaan cuaca sama.

“Cuaca panas Tahap 1 atau berjaga-jaga merujuk kepada suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

“Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ ,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN