41,548 calon STPM 2023 bakal ketahui keputusan 23 Julai

41,548 calon STPM 2023 bakal ketahui keputusan 23 Julai

SEJUMLAH 41,548 calon yang mendudukiSTPM tahun 2023 bakal mengetahui keputusan peperiksaan itu pada 23 Julai ini. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sejumlah 41,548 calon yang menduduki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2023 bakal mengetahui keputusan peperiksaan itu pada 23 Julai ini.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam kenyataan memaklumkan, calon boleh menyemak keputusan masing-masing melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan mendapatkan slip keputusan secara dalam talian.

Katanya, semakan ringkasan keputusan boleh dibuat melalui SMS dengan menaip STPMNo.K/PAngka Giliran dan hantar ke 15888.

“Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 11:00 pagi pada 23 Julai ( Selasa) sehingga pukul 12:00 tengah hari pada 30 Julai 2024.

“(Calon juga boleh menyemak) melalui dalam talian di pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan STPM 2023 mulai pukul 11:30 pagi pada 23 Julai 2024 (Selasa),” katanya hari ini.

Untuk rekod, calon-calon STPM 2023 menduduki peperiksaan di 657 buah pusat peperiksaan di seluruh negara dengan sebanyak 16,387 petugas peperiksaan dilantik bagi keseluruhan peperiksaan ini.

Pada masa sama, MPM mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua calon STPM Tahun 2023. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya