4,000 pemalu gendang Malaysia bakal lakar rekod dunia

4,000 pemalu gendang Malaysia bakal lakar rekod dunia

SEBAHAGIAN pemalu gendang menunjukkan demo paluan gendang pada majlis pra pelancaran program itu di KLIA2, Sepang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Seramai 4,000 peserta bakal melakar rekod dunia dalam Guinness World Records (GWR) bagi kategori jumlah pemalu gendang pelajaran teramai pada September depan.

Rekod yang diberi nama ‘Oriental Drums’, The Largest Drumming Lesson’ itu akan dipersembahkan untuk dinilai wakil GWR di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 September depan.

Acara itu akan disertai lebih 140 kelab gendang di seluruh negara membabitkan murid sekolah, penuntut universiti dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Presiden Pertubuhan Penyelidikan Kebudayaan dan Kesenian Bai Shi Yin, Bai Shi Yin berkata, program yang mendapat sokongan Kementerian Pendidikan (KPM) itu akan disertai peserta paling muda berusia empat tahun dan peserta paling tua berusia 90 tahun.

Beliau berkata, program ini diperkenalkan bagi meraikan ulang tahun ke-50 tahun hubungan diplomatik antara Malaysia dan China yang kebetulan jatuh pada tahun ini.

“Lebih menarik, acara itu akan disertai peserta pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina, India dan pelbagai kaum lain termasuk Orang Asli.

“Acara ini bukan sahaja meletakkan nama Malaysia dalam GWR sebaliknya mengeratkan hubungan antara kaum di negara ini atas nama seni dan budaya,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis pra pelancaran acara itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), di sini semalam.

Katanya, ketika acara itu kelak, setiap peserta akan memalu gendang secara serentak dengan alunan ritma dinamakan ‘Oriental Drums’ selama enam minit.

Shi Yin berkata, ritma Oriental Drums itu digubahnya sendiri dan ia diterjemahkan sebagai membawa tenaga positif kepada masyarakat melalui semangat keharmonian, perpaduan, persahabatan dan saling menghormati antara kaum.

Menurutnya, ritma itu pernah dipersembahkan buat kali pertama di Singapura pada tahun lalu dan ia disifatkan ringkas serta senang untuk dipelajari.

“Mana-mana pihak dan individu yang berminat untuk menyertai acara itu boleh menghubungi talian 0176891116 atau 01622186671 untuk mendaftarkan diri.

“Setakat ini, kami menyasarkan 4,000 pemalu gendang bagi cubaan rekod baharu itu namun, jika jumlah itu melebihi sasaran maka, ia boleh dianggap bonus buat kami,” katanya.

Jelasnya lagi, kategori rekod ‘The Largest Drumming Lesson’ juga telah mendapati persetujuan daripada GWR malah, wakil mereka akan hadir bagi menyaksikan detik bersejarah itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya