KUALA TERENGGANU : Seramai 30,377 ibu tunggal direkodkan di seluruh Terengganu setakat Januari tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Maliaman Kassim berkata, daerah Kuala Terengganu mencatatkan bilangan ibu tunggal paling ramai iaitu 4,409 orang. Menurutnya, Kuala Nerus pula mempunyai 4,042 ibu tunggal diiikuti Marang (3,872), Besut (3,801), Hulu Terengganu (3,687), Kemaman (3,675), Dungun (3,488) dan Setiu (3,403). “Kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) sentiasa menjaga kebajikan golongan ini dengan menyediakan latihan kemahiran dan keusahawanan. “Selain latihan kemahiran, YPK juga menganjurkan program bimbingan keluarga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya