30 lagi pelajar tempatan terpilih program bersama Turkish Aerospace

30 lagi pelajar tempatan terpilih program bersama Turkish Aerospace

ZAMBRY Abd Kadir menyampaikan surat tawaran kepada pelajar universiti ketika Majlis Penyerahan Surat Tawaran Turkish Aerospace Sky Global Apprenticeship Program di MIGHT Hub di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Seramai 30 lagi pelajar daripada universiti tempatan ditawarkan mengikuti SKY
Global Apprenticeship Program oleh Turkish Aerospace (TUSAS).

Pelajar ini bakal mengikuti latihan pengalaman kerja profesional di Turkish Aerospace, Ankara,
Turkiye bermula 22 Julai hingga 16 Ogos 2024 bagi kumpulan pertama dan 2 hingga 27 September 2024 bagi kumpulan kedua.

Majlis penyerahan surat tawaran program kepada 20 pelajar universiti itu turut disaksikan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir pada satu majlis ringkas hari ini.

Zambry berkata, program ini adalah salah satu inisiatif berimpak tinggi di bawah kerjasama antara Konsortium Universiti Malaysia (CMU), Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT), TUSAS Malaysia dan TUSAS Akademi (Turkiye) yang dimeterai pada 7 April 2023.

Beliau berkata, program itu sebagai platform menyokong keperluan bakat dalam merealisasikan visi negara dan bertindak sebagai pemangkin pertumbuhan reka bentuk aeroangkasa Malaysia seperti yang termaktub dalam Pelan Tindakan Industri Aeroangkasa Malaysia 2030.

“Program ini akan memberikan manfaat besar kepada negara dengan mengembangkan kemahiran kejuruteraan pelajar Malaysia melalui pengalaman kerja antarabangsa,
meningkatkan kebolehpasaran graduan dalam industri aeroangkasa.

“Selain itu, ia juga membuka jalan bagi membina jaringan profesional antara Malaysia dan Turkiye dalam sektor aeroangkasa serta menyumbang kepada pembangunan modal insan dalam bidang teknologi tinggi,” katanya.

Katanya, menerusi program itu, peserta akan dilatih secara profesional dalam pelbagai disiplin bidang kejuruteraan aeroangkasa selain pengalaman praktikal dalam sektor avionik, reka bentuk elektronik, pengaturcaraan, reka bentuk struktur pesawat dan pemasangan sistem pesawat.

Zambry berkata, Turkish Aerospace juga akan menaja dan menguruskan penginapan, makan minum dan pengurusan di lapangan untuk semua peserta yang terpilih di samping memberikan honorarium kepada setiap peserta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya