120,000 pemilik diesel terima bantuan RM200 mulai Rabu

120,000 pemilik diesel terima bantuan RM200 mulai Rabu

Hampir 120,00 pemilik kenderaan diesel yang telah lulus bantuan Budi Individu sehingga 30 Jun lepas akan menerima bayaran sebanyak RM200 mulai Rabu ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Hampir 120,000 pemilik kenderaan diesel yang telah lulus bantuan Budi Individu sebelum ini atau sehingga 30 Jun lepas akan menerima bayaran sebanyak RM200 mulai Rabu ini. 

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, perkara itu melibatkan peruntukan kerajaan berjumlah hampir RM25 juta.

Menurutnya, kerajaan telah menyalurkan peruntukan bantuan hampir RM50 juta di bawah Budi Individu untuk dua bulan pertama pelaksanaan penyasaran subsidi diesel. 

“Penerima sedia ada ini telah disemak silang dengan data terkini oleh agensi kerajaan melalui Lesen Kenderaan Motor dan cukai jalan yang kekal aktif dan menepati syarat kelayakan Budi Individu,” katanya menerusi catatan di Facebook. 

Dalam pada itu, Hui Ying berkata,  bayaran sebanyak RM200 kepada mereka yang baru memohon dan diluluskan dalam bulan ini akan dilakukan mulai 7 Ogos ini. 

“Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan mereka yang layak untuk Budi Individu menerima manfaat bantuan ini dengan kadar segera supaya pelaksanaannya berkesan untuk menampung impak kos sara hidup kepada semua lapisan masyarakat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya