10 individu terbabit Himpunan Rakyat Lawan Anwar tiba di IPD Putrajaya

10 individu terbabit Himpunan Rakyat Lawan Anwar tiba di IPD Putrajaya

Aidil atau YB Viral (tiga dari kanan) dilihat tiba di IPD Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Penganjur ‘Himpunan Rakyat Lawan Anwar’ bersama sembilan individu lain dilihat mula memasuki Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya kira-kira pukul 2.10 petang tadi.

Mereka hadir bagi memberi keterangan kepada pihak polis susulan penganjuran himpunan yang berlangsung di Kompleks Seri Perdana, Presint 10, pada petang Sabtu lalu.

Antara individu berkenaan termasuk Ketua Penggerak Demi Negara, Aidil Yunus atau dikenali sebagai YB Viral yang dilihat tiba kira-kira pukul 2.10 petang, disusuli individu lain yang mula memasuki IPD Putrajaya dengan kumpulan terakhir pukul 2.45 petang tadi.

Antara individu itu ialah Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Muhammad Rafique Rashid Ali, Mohd Zubir Embong, Alex Shee, Michelle Foo, Dayangku Intan dan Siti Zulaikha atau Olivia, Dayangku Intan, Dr Fathul Farisan dan Faizal.

Bagaimanapun, kelibat aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard dan Ahli Jawatankuasa Badan Pimpinan Negeri, Bersatu Wilayah Persekutuan, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz tidak kelihatan.

Kesemua mereka ini adalah antara yang berucap pada himpunan berkenaan Sabtu lalu.

Sebelum ini, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa mengesahkan, seramai 12 individu akan dipanggil polis bagi memberi keterangan berhubung penganjuran himpunan itu.

Katanya, polis juga sudah membuka satu kertas siasatan terhadap sekumpulan individu itu bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Perhimpunan pusingan pertama Himpunan Rakyat Lawan Anwar di perkarangan Kompleks Seri Perdana, Presint 10, itu disertai sekitar 300 peserta.

Himpunan bermula pukul 5 itu berakhir pukul 6.40 petang dengan kawalan ketat oleh anggota polis daripada IPD Putrajaya dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN