UPM capai 99.4 peratus graduan boleh kerja

UPM capai 99.4 peratus graduan boleh kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mencapai 99.4 peratus kebolehpasaran graduan pada tahun 2023 membuktikan keupayaan universiti dalam melahirkan graduan berdasarkan permintaan industri.

Naib Canselor UPM, Datuk Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd. Sadullah berkata, pencapaian itu membuktikan komitmen universiti dalam memastikan graduan UPM bukan hanya kukuh dengan pengetahuan akademik malah mempunyai kemahiran insaniah yang selari dengan kehendak industri.

“Pencapaian ini adalah adalah sejajar dengan hasrat universiti untuk melahirkan graduan holistik untuk berdaya tahan serta bersedia menyediakan graduan berketerampilan dan berupaya untuk menghadapi cabaran kebolehpasaran yang kini sangat kompetitif,” katanya ketika merasmikan Karnival Kerjaya dan Keusahawanan UPM 2024 baru-baru ini.

Pada majlis itu, Dr. Ahmad Farhan turut menyampaikan Anugerah Kebolehpasaran Graduan Terbaik Fakulti 2023 kepada Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), serta UPM Kampus Bintulu (UPMKB) yang masing-masing mencatatkan kadar kebolehpasaran graduan 100 peratus.

Dalam pada itu, UPM turut memberi penghargaan melalui Anugerah Kebolehkerjaan Graduan Terbaik (Dalam Bidang Pengajian) 2023 kepada FPV yang meraih tempat pertama dengan 91.1 peratus graduan bekerja dalam bidang pengajian mereka.

Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) dengan 85.6 peratus, dan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), 80.5 peratus.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN